BLOGNYA SYAIDATUL AYYAMIAH ({})

KEMARIN ADALAH KENANGAN HARI INI,DAN ESOK ADALAH IMPIAN HARI INI :)({})

:)

Sabtu, 10 November 2012

Sejarah Pembangunan Permainan "Angry Bird".

Assalamualaikum.
Sebut sahaja permainan burung marah atau lebih dikenali sebagai "Angry Birds" sudah tentu ramai yang pernah bermain dan mendengar mengenai permainan tersebut. Berapa ramai yang bermain permainan video ini tahu asal usul pembangunan permainan ini? Permainan ini mula popular di Malaysia pada awal tahun 2011 iaitu selepas lebih kurang 2 tahun pelancarannya. Permainan ini dimajukan oleh salah satu syarikat Finland yang bernama Rovio Mobile. Pada awal tahun 2009, para kakitangan Rovio mulai mengkaji usul-usul untuk permainan yang berpotensi. 

  
Salah satu usul itu datang dari pereka permainan kanan, Jaakko Iisalo, dalam bentuk tangkapan skrin bersimulasi yang menampilkan beberapa ekor burung berwajah marah yang tidak kelihatan kaki atau kepaknya. Ketika itu, wabak "selesema babi" menjadi berita hangat, maka mereka menjadikan khinzir sebagai musuh burung. Permainan ini juga diilhamkan dari permainan Crush the Castle. Untuk versi Apple iOS, Rovio berkongsi dengan pengedar Chillingo untuk menerbitkan permainan ini di Apple App Store. Bagaimanapun, semenjak itu, Rovio telah menerbitkan sendiri hampir kesemua port-port lanjutan bagi permainan ini, kecuali untuk versi PlayStation Portable yang dihasilkan di bawah lesen oleh Abstraction Games dan kemudiannya diedarkan oleh Chillingo.


Ketika Rovio mulai mengarang versi baru permainan ini untuk peranti lain, timbulnya pula isu baru. Ketika pasukan pembangun mulai mengusahakan versi untuk sistem Android, mereka mendapati satu perbezaan yang besar dengan jenis peranti dan versi keluaran perisian Android. Bilangan kombinasi versi perisian, kelajuan pemproses dan juga antara muka pengguna adalah jauh lebih besar daripada versi Apple iOS yang dahulu. Akhirnya, mereka menetapkan beberapa keperluan minimum, walaupun ini menyebabkan hampir 30 jenis telefon Android tidak dapat menjalankan permainan ini. Sebulan selepas keluaran awal untuk Android, Rovio Mobile mula mereka versi permainan yang lebih ringkas untuk peranti-peranti lain tersebut.

 

Pada awal tahun 2010, Rovio mulai membangunkan versi Angry Birds untuk Facebook. Projek ini merupakan salah satu projek terbesar buat Rovio, dengan usaha pembangunan yang memakan masa setahun. Syarikat tersebut memahami cabaran memindahkan konsep permainann antara platform sosial dan sistem peranti mudah alih/permainan. Dalam temu ramah pada Mac 2011, Peter Vesterbacka dari Rovio berkata, "Pengalaman yang berhasil di satu persekitaran dan satu ekosistem tidak boleh disuap paksa ke dalam persekitaran yang lain. Begitu juga dengan Zynga, mereka tidak boleh menaruhkan FarmVille ke dalam peranti mudah alih dan mengujinya begitu sahaja. Judul-judul yang membawa kejayaan kepada mereka di peranti mudah alih adalah dibangunkan semula dari pangkal demi platform berkenaan.”

0 komentar:

Posting Komentar

By :
Free Blog Templates