NEW YORK – Dengan hanya menekan beberapa butang sebuah kereta mampu
berubah menjadi sebuah kapal terbang dalam masa 30 saat, lapor sebuah
akhbar semalam.
Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07 kilometer sejam dan bergerak
sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak petrol tanpa plumbum
biasa.
Kereta terbang pertama dunia itu dipandu uji oleh seorang juruterbang veteran Amerika Syarikat (AS), Phil Meteer.
Dia mengendalikan kereta terbang itu di Lapangan Terbang Plattsburg, New York.
“Kereta ini terbang seperti sebuah kapal terbang.”
Pembuat kereta terbang itu, syarikat Terrafugia dari Woburn, Massachusetts menyatakan ia akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich berkata: “Kejayaan itu akan mengubah pergerakan peribadi di dunia.”
Kereta sepanjang 5.79 meter itu berharga AS$182,405.31 (RM664,145). – Agens
KEMARIN ADALAH KENANGAN HARI INI,DAN ESOK ADALAH IMPIAN HARI INI :)({})
:)
Kamis, 15 November 2012
Kereta terbang lulus ujian
Diposting oleh Unknown di 04.39
Subscribe to:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar