Assalamualaikum.
Sebut
sahaja permainan burung marah atau lebih dikenali sebagai "Angry Birds"
sudah tentu ramai yang pernah bermain dan mendengar mengenai permainan
tersebut. Berapa ramai yang bermain permainan video ini tahu asal usul
pembangunan permainan ini? Permainan ini mula popular di Malaysia pada
awal tahun 2011 iaitu selepas lebih kurang 2 tahun pelancarannya.
Permainan ini dimajukan oleh salah satu syarikat Finland yang bernama
Rovio Mobile. Pada awal tahun 2009, para kakitangan Rovio mulai mengkaji
usul-usul untuk permainan yang berpotensi.
Salah
satu usul itu datang dari pereka permainan kanan, Jaakko Iisalo,
dalam bentuk tangkapan skrin bersimulasi yang menampilkan beberapa ekor
burung berwajah marah yang tidak kelihatan kaki atau kepaknya. Ketika
itu, wabak "selesema babi" menjadi berita hangat, maka mereka menjadikan
khinzir sebagai musuh burung. Permainan ini juga diilhamkan dari
permainan Crush the Castle.
Untuk versi Apple iOS, Rovio berkongsi dengan pengedar Chillingo untuk
menerbitkan permainan ini di Apple App Store. Bagaimanapun, semenjak
itu, Rovio telah menerbitkan sendiri hampir kesemua port-port lanjutan
bagi permainan ini, kecuali untuk versi PlayStation Portable yang
dihasilkan di bawah lesen oleh Abstraction Games dan kemudiannya
diedarkan oleh Chillingo.
Ketika
Rovio mulai mengarang versi baru permainan ini untuk peranti lain,
timbulnya pula isu baru. Ketika pasukan pembangun mulai mengusahakan
versi untuk sistem Android, mereka mendapati satu perbezaan yang besar
dengan jenis peranti dan versi keluaran perisian Android. Bilangan
kombinasi versi perisian, kelajuan pemproses dan juga antara muka
pengguna adalah jauh lebih besar daripada versi Apple iOS yang dahulu.
Akhirnya, mereka menetapkan beberapa keperluan minimum, walaupun ini
menyebabkan hampir 30 jenis telefon Android tidak dapat menjalankan
permainan ini. Sebulan selepas keluaran awal untuk Android, Rovio Mobile
mula mereka versi permainan yang lebih ringkas untuk peranti-peranti
lain tersebut.
Pada
awal tahun 2010, Rovio mulai membangunkan versi Angry Birds untuk
Facebook. Projek ini merupakan salah satu projek terbesar buat Rovio,
dengan usaha pembangunan yang memakan masa setahun. Syarikat tersebut
memahami cabaran memindahkan konsep permainann antara platform sosial
dan sistem peranti mudah alih/permainan. Dalam temu ramah pada Mac
2011, Peter Vesterbacka dari Rovio berkata, "Pengalaman yang berhasil
di satu persekitaran dan satu ekosistem tidak boleh disuap paksa ke
dalam persekitaran yang lain. Begitu juga dengan Zynga, mereka tidak
boleh menaruhkan FarmVille ke dalam peranti mudah alih dan mengujinya
begitu sahaja. Judul-judul yang membawa kejayaan kepada mereka di
peranti mudah alih adalah dibangunkan semula dari pangkal demi platform
berkenaan.”
0 komentar:
Posting Komentar